IMBOK PBB Batu Kawa mengintai gelaran ‘Raja Sungai’ Regata Sarawak 2016

0

KUCHING: Pasukan IMBOK PBB Batu Kawa mengintai gelaran ‘Raja Sungai’ dalam usaha menempa nama pada perlumbaan berprestij – Regata Sarawak tahun depan.

Sehubungan itu, pasukan Cawangan PBB Batu Kawa itu bakal menyertai kategori 30 pekayuh untuk menempa nama dalam perlumbaan tersebut.

Pasukan IMBOK menghimpunkan pekayuh dari beberapa buah kampung kawasan DUN Batu Kawa tidak lagi asing dengan perlumbaan regata tempatan, Regata Sejijak dan sebagainya.

Ketua Cawangan PBB Batu Kawa yang juga penaung pasukan IMBOK, Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya akan mengambil bahagian dalam beberapa kategori pada Regata Sarawak tahun depan.

“Kita akan nengambil bahagian beberapa kategori tahun depan dan sudah pasti kita mahu melakukan sesuatu lebih baik pada Regata Sarawak 2016,” katanya pada Majlis Jamuan Penghargaan di Kampung Sebuak, Jalan Landeh di sini malam semalam.

Sementara itu, pengurus pasukan IMBOK PBB Batu Kawa, Muliadi Ahmad berkata pihaknya mensasarkan gelaran juara untuk manamana kategori perlumbaan tahun depan.

“Kami akan menyertai kategori 30 pekayuh dan sudah pasti mahu melakukan kejutan. ” katanya.