Saksikan ‘Spiral Sprint Mountain Bike 2015’ esok

0

KUCHING: Pusat Beli-Belah Sarawak Plaza di sini buat julung kali menjadi tuan rumah cabaran berbasikal ‘Spiral Sprint Mountain Bike Challenge 2015’ diadakan pada Ahad ini (esok).

Ini merupakan cabaran berbasikal pertama dalam persekitaran urban di mana peserta berlumba bermula dari Tebingan Kuching hingga ke kawasan ruang parkir kereta aras bawah premis itu.

Pertandingan itu merupakan cabaran unik kerana peserta berdepan dengan pelbagai halangan seperti melalui kawasan tanah, jalan kerikil bercampur tar selain cabaran berbasikal di tempat letak kereta bertingkat merebut hadiah dan trofi ditawarkan.

Ditaja sepenuhnya oleh Liqui Moly, syarikat minyak dari Jerman, pemenang berpeluang memenangi hadiah topi perlumbaan edisi terhad.

Selain itu, peserta juga diberikan penyelenggaraan percuma dengan menggunakan produk ‘Liqui Moly Chain Cleaner’ dan ‘Chain Lube’ pada basikal masing-masing.

Pendaftaran masih dibuka sehingga hari ini (Sabtu), jam 7 malam.

Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan pada hari yang sama seperti pameran BikExpo, promosi basikal berjenama dan cabutan bertuah di Kompleks Beli-Belah Riverside di sini pada hari ini.

Lebih mengujakan, penganjuran BikExpo juga menampilkan koleksi peribadi ‘Old School BMX’ berusia sejak 1980-an yang dipamerkan untuk tontonan umum dan penggemar basikal itu.

Setiap peserta dinasihatkan mengambil pek perlumbaan masing-masing di BikExpo dan sesi penerangan kepada para peserta jam 5 petang di lokasi sama.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Promosi dan Pengiklanan di talian 082-412150 atau e-mel kepada [email protected].

Orang ramai juga boleh melayari laman ‘Facebook’ di www.facebook.com/Sarawak-Plaza-Riverside- Shopping-Complex atau layari laman sesawang rasmi di pautan www.sedctourism.com/sp.asp atau www.sedctourism.com/riverside.asp.