Christopher yakin hadapi cabaran SUKMA XVIII

0

KUCHING: Pemain boling remaja Sarawak, Christopher Tiong semakin yakin untuk memberikan cabaran pada SUKMA XVIII pada 2016.

Ini kerana pelajar Universiti Swinburne itu mencatat persembahan cemerlang pada Kejohanan Boling Antara Bandaraya Asian ke-29 yang berakhir minggu lalu.

Christopher, 18, membantu Bandar Kuching Utara menduduki tempat kedua pada kejohanan yang disertai sejumlah 15 pasukan di Megalanes Adventure World pada 9 hingga 16 November lalu selepas menggondol tiga emas, 11 perak dan empat gangsa.

Beliau menyumbang dua emas menerusi acara beregu dan masters lelaki.

“Ya, sudah tentu saya berasa sangat gembira kerana dapat menewaskan Joseph (Emmanuel Ang) dalam perlawanan akhir masters.

“Ia bukan mudah dan bagi saya kekuatan mental memberikan saya keyakinan untuk mencapainya,” kata pemain itu yang tidak menjangka dapat memenangi acara tersebut kerana sasaran awal hanya untuk berada dalam kelompok empat pemain terbaik.

Menurut Christopher, ini merupakan kejayaan terbaik beliau sejak memenangi gangsa pada Kejohanan Boling Remaja Asian di Hong Kong, tempat keempat Terbuka Remaja Pbap di Filipina dan ketiga pada Kejohanan Berpasukan Antara Negeri tahun ini.

“Pencapaian saya dalam kejohanan tidak begitu baik pada awal tahun ini namun selepas kembali ke Sarawak pada Julai lalu, permainan saya semakin meningkat selepas mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih, Jackson Ting,” katanya.

Beliau berharap dapat mengekalkan prestasi itu pada Kejohanan Antarabangsa All-Stars di Kuala Lumpur dan Pesta Pulau Pinang.

Sebelum SUKMA XVIII bermula, Christopher menyetrai beberapa kejohanan pendedahan iaitu di Australia pada Januari, Terbuka Singapura, Terbuka Thailand, Terbuka Malaysia dan Tertutup Kebangsaan CHRISTOPHER dan Antara Negeri.