APBN sedia kerah 50,000 anggota hadapi banjir

0

PUCHONG: Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) kini bersedia menggerahkan lebih 50,000 anggota bomba, polis, tentera dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi menghadapi musim Monsun Laut, bermula bulan ini hingga Mac tahun depan, yang boleh mengakibatkan kemungkinan banjir.

Ketua Pengarah APBN Datuk Zainun Ab Samad berkata kesiapsiagaan negara menghadapi banjir tahun ini lebih baik berdasarkan pengalaman daripada bencana banjir besar yang melanda negara pada akhir tahun lepas hingga awal tahun ini.

“Kita menyediakan pusat pemindahan lebih banyak pada tahun ini iaitu 5,122  pusat dan boleh menempatkan 1.62 juta orang berbanding pada tahun lepas hanya 4,905 buah, menempatkan 1.23 juta orang,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Pengoperasian Pusat Kawalan Bencana Negara di sini semalam.

Selain itu, beliau berkata kenderaan untuk pengangkutan dan menyelamat juga disediakan oleh empat agensi berkenaan termasuk lori (998 buah), pacuan empat roda (1,882 buah) dan bot (1,456 buah).

Zainun berkata pihaknya juga menyediakan lima depoh simpanan utama yang boleh menampung bekalan selama lima hari untuk 320,000 mangsa, masing-masing di Sungai Buloh, Selangor; Bedong, Kedah; Marang, Terengganu; Muar, Johor dan Kemumin, Kelantan.

Katanya APBN juga bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam menyediakan bekalan kit makanan yang mudah dimakan segera seperti oat, biskut dan roti kering untuk keperluan mangsa banjir.

“Selain itu, di pusat pemindahan banjir juga kami akan sediakan penghadang bagi setiap keluarga mangsa banjir bertujuan memberi ruang peribadi terutamanya kepada kaum wanita menukar pakaian dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau berkata APBN kini mahu pengurusan di pusat pemindahan banjir lebih sistematik dengan pendaftaran masuk dan keluar akan dilakukan terhadap setiap mangsa banjir bagi memudahkan penyaluran bantuan dan tuntutan selepas banjir.

“Kita juga mahu setiap pelawat terutamanya badan bukan kerajaan dan sukarelawan untuk turut mendaftar di pusat yang mereka lawati dan mencatat bentuk dan jumlah bantuan yang mereka salurkan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi pada tahun ini, Malaysia tidak akan mengalami banjir besar seperti sebelum ini, kerana dipengaruhi bawaan gelombang panas El Nino yang mengurangkan pembentukan awan hujan.

“Namun ini semua jangkaan manusia kerana pada waktu sekarang, sukar kita hendak tentukan keadaan cuaca, contohnya kita menjangkakan hujan lebat sepatutnya berlaku sekarang di kawasan pantai timur, namun sebaliknya kawasan pantai barat sedang mengalami banjir,” katanya.

Dalam pada itu, katanya Sistem Maklumat Pengurusan Bencana Negara (MyDIMS) telah dibangunkan oleh APBN untuk membantu dalam aktiviti pengurusan bencana di negara ini, merangkumi aktiviti mitigasi, persediaan, tindak balas dan pemulihan.

“Sistem ini juga berupaya dalam memberi amaran bencana masa sebenar dan pemantauan penggera serta penyaluran maklumat masa sebenar melalui empat cara iaitu khidmat pesanan ringkas, faks, panggilan telefon dan Portal Bencana, kepada semua pihak,” katanya.

APBN adalah agensi baharu, ditubuhkan pada Oktober lepas di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi mengambil alih tugas dan peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam penyelarasan serta pengurusan bencana.

MKN kini akan memberi tumpuan dalam menjaga keselamatan negara. — Bernama PUCHONG: Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) kini bersedia menggerahkan lebih 50,000 anggota bomba, polis, tentera dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi menghadapi musim Monsun Laut, bermula bulan ini hingga Mac tahun depan, yang boleh mengakibatkan kemungkinan banjir.

Ketua Pengarah APBN Datuk Zainun Ab Samad berkata kesiapsiagaan negara menghadapi banjir tahun ini lebih baik berdasarkan pengalaman daripada bencana banjir besar yang melanda negara pada akhir tahun lepas hingga awal tahun ini.

“Kita menyediakan pusat pemindahan lebih banyak pada tahun ini iaitu 5,122  pusat dan boleh menempatkan 1.62 juta orang berbanding pada tahun lepas hanya 4,905 buah, menempatkan 1.23 juta orang,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Pengoperasian Pusat Kawalan Bencana Negara di sini semalam.

Selain itu, beliau berkata kenderaan untuk pengangkutan dan menyelamat juga disediakan oleh empat agensi berkenaan termasuk lori (998 buah), pacuan empat roda (1,882 buah) dan bot (1,456 buah).

Zainun berkata pihaknya juga menyediakan lima depoh simpanan utama yang boleh menampung bekalan selama lima hari untuk 320,000 mangsa, masing-masing di Sungai Buloh, Selangor; Bedong, Kedah; Marang, Terengganu; Muar, Johor dan Kemumin, Kelantan.

Katanya APBN juga bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam menyediakan bekalan kit makanan yang mudah dimakan segera seperti oat, biskut dan roti kering untuk keperluan mangsa banjir.

“Selain itu, di pusat pemindahan banjir juga kami akan sediakan penghadang bagi setiap keluarga mangsa banjir bertujuan memberi ruang peribadi terutamanya kepada kaum wanita menukar pakaian dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau berkata APBN kini mahu pengurusan di pusat pemindahan banjir lebih sistematik dengan pendaftaran masuk dan keluar akan dilakukan terhadap setiap mangsa banjir bagi memudahkan penyaluran bantuan dan tuntutan selepas banjir.

“Kita juga mahu setiap pelawat terutamanya badan bukan kerajaan dan sukarelawan untuk turut mendaftar di pusat yang mereka lawati dan mencatat bentuk dan jumlah bantuan yang mereka salurkan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi pada tahun ini, Malaysia tidak akan mengalami banjir besar seperti sebelum ini, kerana dipengaruhi bawaan gelombang panas El Nino yang mengurangkan pembentukan awan hujan.

“Namun ini semua jangkaan manusia kerana pada waktu sekarang, sukar kita hendak tentukan keadaan cuaca, contohnya kita menjangkakan hujan lebat sepatutnya berlaku sekarang di kawasan pantai timur, namun sebaliknya kawasan pantai barat sedang mengalami banjir,” katanya.

Dalam pada itu, katanya Sistem Maklumat Pengurusan Bencana Negara (MyDIMS) telah dibangunkan oleh APBN untuk membantu dalam aktiviti pengurusan bencana di negara ini, merangkumi aktiviti mitigasi, persediaan, tindak balas dan pemulihan.

“Sistem ini juga berupaya dalam memberi amaran bencana masa sebenar dan pemantauan penggera serta penyaluran maklumat masa sebenar melalui empat cara iaitu khidmat pesanan ringkas, faks, panggilan telefon dan Portal Bencana, kepada semua pihak,” katanya.

APBN adalah agensi baharu, ditubuhkan pada Oktober lepas di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi mengambil alih tugas dan peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam penyelarasan serta pengurusan bencana.

MKN kini akan memberi tumpuan dalam menjaga keselamatan negara. — Bernama