Lebih 500 sertai acara berbasikal Jamboree Kota Belud 2015

0
PESERTA BERBASIKAL: Salleh dan Raya mengetuai lebih 500 peserta Jamboree Berbasikal 2015 yang dilepaskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Hajiji Noor  bermula dari Daerah Tuaran hingga ke Daerah Kota Belud di Tuaran, semalam. — Gambar Bernama

PESERTA BERBASIKAL: Salleh dan Raya mengetuai lebih 500 peserta Jamboree Berbasikal 2015 yang dilepaskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Hajiji Noor bermula dari Daerah Tuaran hingga ke Daerah Kota Belud di Tuaran, semalam. — Gambar Bernama

TUARAN: Lebih 500 peserta menyertai acara berbasikal Jambori Kota Belud 2015 sejauh 40 kilometer, yang bermula dari YayasanKebajikan Suria, di sini, dan berakhir di Dewan Tun Said Kota Belud, semalam.

Acara berbasikal membabitkan dua daerah itu dianjurkan Kelab Berbasikal Kota Belud dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Yayasan Kebajikan Suria.

Turut serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ditemani isterinya, Datin Seri Raya Erom, yang mengetuai permulaan acara berbasikal itu.

Peserta dilepaskan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor jam 7.45 pagi semalam.

Penasihat penganjur Baharul Sawi berkata empat kategori dipertandingkan dalam acara berbasikal tersebut iaitu veteran, terbuka, wanita dan kanak-kanak.

Acara riadah yang turut disertai beberapa peserta dari Sarawak, Semenanjung dan Brunei Darussalam itu diadakan bertujuan menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat selain platform untuk penggemar sukan berbasikal bersaing secara sihat dan santai termasuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mereka.

Beliau berkata pihaknya akan melihat lokasi bersesuaian pada penganjuran akan datang termasuk mempertimbang laluan dari Kudat-Kota Marudu-Kota Belud atau Ranau-Kota Belud. — Bernama