Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Limbang, meningkat

0

MIRI: Mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Dewan Masyarakat Medamit, Limbang terus meningkat dengan 303 orang daripada 105 keluarga ditempatkan di dewan berkenaan pagi ini.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Limbang Subuh Posa berkata, kesemua mangsa

banjir berasal dari Kampung Hujung Medamit.

Mangsa banjir di Dewan Masyarakat Trusan, Lawas pula meningkat kepada 58 orang daripada 16 keluarga, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, mangsa banjir berkenaan berasal dari Kampung Gelapas, Kampung Seberang Kedai, Kampung Masjid, Kampung Tengah dan Kampung Balai.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi lain telah menyalurkan pelbagai bantuan termasuk makanan dan minuman. — BERNAMA