Mangsa banjir di limbang berkemungkinan dibenarkan pulang petang ini

0

MIRI: Paras air di Kampung Hujung Medamit, Limbang menunjukkan penurunan dan berkemungkinan mangsa banjir akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Limbang Subuh Posa berkata jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Medamit, Limbang masih kekal 300 orang daripada 107 keluarga setakat 8 pagi ini.

“Kalau air dah surut dan selamat, ada kemungkinan pusat pemindahan banjir Dewan Masyarakat Medamit ditutup petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kong berkata bekalan makanan kini dihantar ke Long Panai, Long Iman dan Kampung Melinau melibatkan 236 pek makanan untuk 1,770 orang daripada 294 keluarga, menggunakan helikopter kerana paras air naik.

“Bagaimanapun, tiada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini,” katanya dan menambah seramai 573 orang daripada 139 keluarga di Long Bemang dan Long Ukok turut memohon bantuan penghantaran makanan.– BERNAMA