Pasukan Bintulu, Miri berentap pada aksi pembukaan LBSR 2015-2016

0

BINTULU: Pasukan Bintulu dan Miri berentap dalam perlawanan permulaan bagi Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBSR) 2015-2016 Zon Borneo 2 bertempat di Padang B, Dewan Suarah Bintulu, semalam.

Simbolik perasmiannnya disempurnakan oleh Setiausaha Politik Ahli Parlimen Bintulu, Zaiedy Nor Abu Nasir mewakili Datuk Seri Tiong King Sing dengan melakukan sepak mula.

Dalam kejohanan ini, sebanyak lima pasukan akan berentap iaitu Limbang, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri.

Antara objektif kejohanan ialah bagi memantapkan lagi sukan bola sepak dalam kalangan belia di negeri ini dengan menjadikan sukan itu sebagai pengisian masa lapang mereka.

Ia juga bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak untuk diasah ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan.