Samarahan berkuasa

0
JANGAN RAPAT: Pemain Sarikei (jersi kuning) mengintai ruang untuk melorongkan bola sambil dikawal pemain Samarahan pada perlawanan ketiga Liga Bola Sepak Rakyat 2015-2016 di Stadium Mini Samarahan, semalam. Samarahan menang 2-0.

JANGAN RAPAT: Pemain Sarikei (jersi kuning) mengintai ruang untuk melorongkan bola sambil dikawal pemain Samarahan pada perlawanan ketiga Liga Bola Sepak Rakyat 2015-2016 di Stadium Mini Samarahan, semalam. Samarahan menang 2-0.

Benam Sarikei 2-0 pada aksi ketiga LSBR sekali gus perkukuh kedudukan di tangga teratas Kumpulan A

Oleh Harry Ilias //

KUCHING: Samarahan mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan A, Liga Bola Sepak Rakyat (LBSR) 2015-2016 Zon Borneo 2 (Sarawak) selepas mencatat kemenangan ketiga dengan menumpaskan Sarikei 2-0 pada perlawanan berlangsung di Stadium Mini Samarahan semalam.

Penyerang prolifik Samarahan, Mohd Hadera Bakeri meledak dua gol pada minit 38 dan 73 untuk memastikan skuad bimbingan Hassan Jahid itu mengutip tiga lagi mata berharga.

“Kredit kepada semua pemain kerana memastikan kemenangan masih berpihak kepada Samarahan,” ujar Hassan mengulas kejayaan anakanak buahnya semalam.

“Saya juga cukup berpuas hati dengan karektor pemain kerana masih mampu memberikan persembahan menarik walaupun terpaksa mengharungi keadaan padang yang becak.

” Kemenangan itu meletakkan Samarahan kekal di puncak liga dengan sembilan mata sambil diekori Kuching dengan enam mata.

Skuad warga kota itu mencatat kemenangan kedua semalam selepas membenam Kapit 3-0 di Stadium Terbuka Kapit.

Sri Aman dan Betong pula terikat 1-1 di Kompleks Sukan Sri Aman.

Keputusan dua aksi dalam Kumpulan B menyaksikan Miri kekal selaku pendahulu liga dengan enam mata walaupun tewas 1-0 di tangan Bintulu pada perlawanan berlangsung di Padang B Dewan Suarah, Bintulu.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Sibu dibelasah Mukah di laman sendiri dengan jaringan 1-6.

Kesemua perlawanan akan bersambung pada Sabtu hadapan.