Futsal: Highlander Y juara Piala Fansocca

0

MIRI: Siri pertama Kejohanan Futsal Wanita Piala Fansocca yang diadakan pada 28 November lalu di Mutiara Futsal Court Miri, telah berakhir dengan jayanya dan menyaksikan pasukan Highlander Y muncul juara kali ini.

Pasukan Highlander Y berjaya memenangi hadiah wang tunai RM500, trofi dan pingat manakala tempat kedua jatuh kepada pasukan Fearless A yang memenangi hadiah wang tunai RM300 dan pingat.

Tempat ketiga jatuh kepada pasukan Highlander X yang membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan pingat.

Kejohanan futsal kali ini merupakan satu lagi acara sukan yang telah dianjurkan oleh Fansocca Enterprise, sebuah syarikat pengurusan acara sukan tempatan.

Menurut jurucakap syarikat, Heineken Laluan, Fansocca Enterprise akan menganjurkan beberapa lagi siri acara kejohanan futsal untuk pelbagai kategori di pelbagai lokasi.

“Selain daripada itu, syarikat ini juga akan menganjurkan pelbagai acara sukan lain pada masa akan datang seperti hoki, badminton, golf, bola tampar, sukan rekreasi dan lain-lain.

“Acara terkini selepas ini adalah kejohanan ‘Fansocca 3vs3 Street Soccer Tour – Padawan Cup’ yang akan diadakan di Teng Bukap, Padawan di Kuching,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai siri acara sukan anjuran Fansocca Enterprise, mana-mana kelab sukan atau pasukan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh menghubungi sama ada Heineken di talian 012-8097078 atau Llewelyn L.  (013-8476713).