LBR: Bintulu kutip tiga mata penuh setelah atasi Miri 1-0

0

BINTULU: Skuad Bintulu berjaya mengutip tiga mata penuh setelah menang tipis 1-0 ke atas Miri dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yang berlangsung di Padang Turf Dewan Suarah Bintulu petang kelmarin.

Jaringan tunggal Bintulu disumbang oleh Aldrige Dato pada minit ke-23 pada babak pertama perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Bintulu kini mengutip empat mata.

Pengurus pasukan, Mohd Tuah Ismail berkata, perlawanan itu cukup baik untuk pasukannya membawa pulang tiga mata penuh.

Namun katanya, enam lagi perlawanan timbal balik bakal diharungi oleh skuad Bintulu antaranya Bintulu lawan Mukah (2 Disember) di Bintulu, Bintulu lawan Mukah (5 Disember) di Mukah, Bintulu lawan Sibu (9 Disember) di Sibu, Bintulu lawan Sibu (12 Disember) di Bintulu, Bintulu lawan Limbang (19 Disember) di Bintulu dan Bintulu lawan Miri (26 Disember) di Miri.

Sementara itu, perasmian sepak mula kejohanan itu telah disempurna oleh Setiausaha Politik Ahli Parlimen Bintulu Zaiedy Nor Abu Nasir dan turut disaksikan oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) Duke Janteng.