Program sambutan Krismas PBSTempasuk dapat sambutan

0

KOTA BELUD: Program Sambutan Krismas 2015 dan Sambutan Tahun Baru 2016  Parti Bersatu Sabah N6 Tempasuk anjuran Mukim Rosok mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat setempat.

Program sambutan yang julung-julung kalinya diadakan itu dirasmikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) N6 Tempasuk, Siang Sibin.

dan turut dihadiri pemimpin-pemimpin masyarakat setempat dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Tempasuk.

Pengerusi penganjur, Yanam Molok yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Tempasuk berkata, tujuan program itu diadakan ialah untuk merapatkan lagi hubungan antara masyarakat dan pemimpin.

Beliau berkata, program itu mendapat pujian daripada pelbagai kalangan masyarakat dan mengharapkan agar penganjuran itu dapat diteruskan lagi demi untuk mendekati masyarakat secara lebih menyeluruh.

Ia turut dihadiri pemimpin-pemimpin masyarakat setempat dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Tempasuk.

Katanya,  program seperti ini adalah julung kali diadakan dan kehadiran orang ramai khususnya ahli-ahli PBS Tempasuk  yang begitu menggalakkan membuktikan sokongan daripada golongan akar umbi terhadap program seperti itu.

Program itu adalah program pertama diadakan selepas beberapa pemimpin bahagian membuat undi tidak percaya kepada Ketua Bahagian PBS Tempasuk baru-baru ini.

Pihak penganjur juga mengagihkan sumbangan ikhlas kepada penduduk kampung berupa bantuan keperluan harian. Turut hadir Naib Ketua Bahagian Adman Samad.