Kebajikan rakyat tetap dijaga walaupun ekonomi tidak menentu

0

KENINGAU: Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan pelbagai usaha dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup berkata meskipun ekonomi dunia berada dalam keadaan mencabar, namun kerajaan masih dapat mengekalkan bantuan untuk golongan sasaran.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBRS Sook berkata, ini membuktikan kejayaan kerajaan dalam mengurus ekonomi negara walaupun berhadapan dengan keadaan yang mencabar dari luar.

Beliau demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan e-Kasih, golongan Kurang Kelainan Upaya (OKU) dan bantuan alat tulis di SK Sinua.

Beliau berkata ibu bapa mesti menggunakan bantuan dari kerajaan secara bertanggungjawab.

“Jadilah pengguna yang bijak apabila membeli-belah untuk keperluan persekolahan anak,” katanya.

Beliau berkaya kerajaan sentiasa mengutamakan pendidikan dalam segala pengurusan ekonomi dan negara.

Hadir sama Guru Besar Joss Amat, pemimpin masyarakat Mukim Lanas serta Ketua PBRS Pusat Matusin Bowie.