BPIEF tawar hadiah cabutan bertuah menarik kepada pengunjung

0
TAWARAN MENARIK: Wakil Hotel Imperial Kuching Ethel Lampai Ringgit (kanan) menyerahkan baucar cabutan bertuah kepada wartawan Borneo Post SEEDS Danielle Sendou Ringgit.

TAWARAN MENARIK: Wakil Hotel Imperial Kuching Ethel Lampai Ringgit (kanan) menyerahkan baucar cabutan bertuah kepada wartawan Borneo Post SEEDS Danielle Sendou Ringgit.

KUCHING: Pameran Pendidikan Antarabangsa Borneo Post (BPIEF) Edisi Ketujuh kini kembali lagi dengan pelbagai tawaran hadiah cabutan bertuah yang menarik untuk para pengunjung.

Apa tidaknya, pada tahun ini Hotel Imperial Kuching tidak ketinggalan menawarkan tiga baucar penginapan dua hari satu malam untuk Superior Room selain berserta sajian sarapan pagi untuk dua orang, hidangan makan malam untuk dua orang di Imperial Garden Restaurant serta hidangan bufet bagi minum petang juga untuk dua orang di restoran hotel yang sama untuk pengunjung bertuah.

BPIEF kali ini bakal berlangsung pada 27 dan 28 Februari depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang bakal menampilkan pameran kursus serta pelbagai tawaran pengajian di institusi pengajian tinggi.

Buat masa ini, sebanyak 50 pempamer telah mengesahkan penyertaan dalam siri pameran tersebut.

Antaranya ialah Advantage Learning Company, Kolej Eksekutif, Pusat Perniagaan Australia, Market Management Services Sdn Bhd, Kolej NIIT, Kumpulan Pendidikan JM, AUG Student Services, Universiti dan Kolej SEGi, UCSI University, RHB Easy, Curtin University, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Yayasan UEM, Fame International College, Kolej Sunway Kuching, Swinburne University of Technology Kampus Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), See Hua Marketing Sdn Bhd serta banyak lagi.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh melayari laman sesawang BPIEF di pautan http://www.bpief.com/.