Vietnam medan uji keupayaan pemain Sarawak

0

Oleh Harry Ilias//

TINGKAT KESEDIAAN: Pemain giat menjalani latihan sebagai persiapan jelajah pramusim.

TINGKAT KESEDIAAN: Pemain giat menjalani latihan sebagai persiapan jelajah pramusim.

KUCHING: Sarawak akan berguru dengan tiga kelab bola sepak Vietnam dalam usaha skuad itu memantapkan persiapan menjelang sepak mula Liga Malaysia 2016 pada 13 Februari depan.

Pengurus Pasukan, Abdullah Julaihi berkata tiga kelab berkenaan Becamex Binh Duong FC, Ho Chi Minh City FC dan Long An FC.

Becamex Binh Duong FC dan Long An FC adalah pasukan yang bersaing dalam Liga Divisyen 1 Vietnam, manakala Ho Chi Minh City FC dari Liga Divisyen 2 negara itu.

“Kita akan menentang Becamex Binh Duong FC (23 Januari), Ho Chi Minh City FC (26 Januari) dan Long An FC (28 Januari),” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di Padang Stadium C semalam.

“Pemilihan Vietnam adalah kerana kelab di sana mempunyai padang yang baik selain perbelanjaan yang lebih murah.

” Terdahulu, beliau menjelaskan skuad akan berlepas hari ini bagi memulakan jelajah pramusim menentang Selangor PKNS pada 16 Januari ini (Sabtu) bertempat di Kompleks Sukan PKNS, Petaling Jaya.

Ia disusuli dengan pertemuan persahabatan menentang juara Piala Malaysia 2015, Selangor pada 19 Januari bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Kedua-dua perlawanan akan bermula jam 8.45 malam.

“Perlawanan persahabatan ini bertujuan menilai keupayaan pemain beraksi dalam perlawanan kompetitif,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Abdullah mengesahkan Sarawak bersetuju menambat pemain pertahanan dari Itali, Davide Garisa untuk menjadikannya pemain import ketiga.

“Davie telah melepasi ujian kesihatan dan hanya menunggu persetujuan terma antara kedua pihak bagi melengkapkan perpindahannya ke Sarawak.

“Beliau telah menunjukkan permainan yang cukup meyakinkan sepanjang sesi latihan.

” Tambahnya, nasib seorang lagi pema in import, Joseba Garmendia hanya akan dike t ahui selepas berakhir jelajah pra-musim.