Mordi Bimol sedia wakili DAP tandingi Tasik Biru

0

KUCHING: Pengerusi DAP Tasik Biru Mordi Bimol dijangka diberi kepercayaan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru.

Mordi pernah bertanding merebut kerusi Parlimen Mas Gading pada Pilihan Raya Umum 2013 berkata beliau sedia bertanding di DUN Opar.

“Semua kemungkinan ini tertakluk kepada pucuk pimpinan parti. Saya sedia dan bekerja sejak sekian lama bagi menghadapi pili-han raya negeri kali ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, beliau ber-usaha untuk memenangi hati para pengundi di kawasan bakal ditandinginya kelak.

Kempen ini kelak saya akan memberi penekanan terhadap ekonomi masyarakat di situ.

“Apatah lagi sejak wujudnya GST, semua orang merungut,” katanya.

Mengenai keyakinan untuk menang, beliau berkata beliau yakin memberi saingan sengit terhadap calon lain.

Beliau melihat Tasik Biru sebagai kerusi hangat pada pilihan raya negeri kelak.

DUN Tasik Biru disandang Datuk Peter Nansian Ngusie yang sebelum ini mewakili Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Kini Menteri Muda Pembangunan Komuniti itu merupakan Timbalan Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) – sebuah parti mesra Barisan Nasional (BN).

Menjelang pilihan raya ini, SPDP juga berhasrat meletakkan calonnya di situ atas tiket BN.