UPP akan sokong sepenuhnya calon SUPP

0

Parti akan berusaha gigih untuk memberi sokongan kepada semua calon SUPP: Wong

BERSAMA: (Dari kiri)  Chan, Nakamura, Wong dan yang lain beraksi dengan patung kucing selepas pemakaian kostum berkenaan.

BERSAMA: (Dari kiri) Chan, Nakamura, Wong dan yang lain beraksi dengan patung kucing selepas pemakaian kostum berkenaan.

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh berkata, parti akan berusaha gigih untuk memberi sokongan kepada semua calon SUPP.

“Kami (UPP) memberi sokongan penuh untuk membantu calon (daripada SUPP) di beberapa konstituensi yang mana SUPP dipilih untuk bertanding dan ia adalah janji kami,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti sebelum itu merasmikan acara pemakaian kostum pada patung kucing di Jalan Padungan di sini, yang dihadiri Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan dan Ketua Sekretariat Gabu-ngan Bandar Raya Sihat Keiko Nakamura.

Wong berkata UPP telah memberitahu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bahawa parti itu akan be-kerja gigih untuk Barisan Nasional (BN) pada PRN akan datang.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata, parti juga menyerahkan se-penuhnya kepada Adenan yang juga pengerusi BN Sarawak untuk memutuskan calonnya.

“Kami menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Adenan mengenai senarai calon kami namun berharap kami diberi peluang berdasarkan kemampuan boleh menang (calon-calon kami),” tegasnya.

Beliau berkata parti telah mengemukakan kepada Adenan senarai kerusi yang diintai oleh parti untuk bertanding pada PRN akan datang.

Beliau enggan mendedah-kan jumlah kerusi namun menegaskan kerusi berkenaan termasuk yang masih disandang ahli yang kini bersama UPP.

Kerusi Opar, Engkilili, Mambong (dahulu Bengoh) dan Bawang Assan kini disandang masing-masing oleh Ranum Mina, Dr Johnical Rayong Ngipa, Datuk Dr Jerip Susil dan Wong.

Mengenai laporan akhbar pada 22 Januari lepas yang memetik Timbalan Presiden SUPP Datuk Seri Richard Riot Jaem telah ditugaskan Ketua Menteri untuk mengenal pasti calon boleh menang untuk bertanding di kerusi majoriti Dayak, Wong berkata beliau hanya mengetahui perkara itu melalui akhbar sahaja.

“Saya tidak tahu mengenainya sehingga saya membaca akhbar namun jika beliau (Riot) diberi tugas itu maka beliau perlu melakukannya,” kata Wong.

Riot yang juga Menteri Sumber Manusia mendakwa beliau telah ditugaskan oleh Adenan mengenal pasti calon berpotensi menang untuk bertanding di Opar, Mambong, Simanggang dan Engkilili dan kerusi majoriti Dayak lain daripada 11 konstituensi diberikan kepada SUPP.

Sementara itu Wong percaya bahawa Sarawak akan berkembang lebih maju di bawah kepimpinan Adenan.

Beliau berjarap Tahun Monyet ini akan membawa keamanan dan keharmonian lebih besar kepada rakyat Sarawak.