Memenuhi spesifikasi BAM

0

Oleh Harry Ilias//

TERBAIK: (Dari tiga kanan) Teo dan Ong bersama yang lain menunjukkan isyarat bagus semasa melawat Stadium Badminton Tertutup Sibu kelmarin.

TERBAIK: (Dari tiga kanan) Teo dan Ong bersama yang lain menunjukkan isyarat bagus semasa melawat Stadium Badminton Tertutup Sibu kelmarin.

KUCHING: Stadium Bad­minton Tertutup Sibu yang akan digunakan bagi men­ganjurkan acara badminton pada temasya Sukan Malay­sia (SUKMA) XVIII memen­uhi spesifikasi ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Perkara itu dijelaskan oleh Pegawai Penasihat Teknikal BAM, Teo Kim Thye semasa lawatan bagi memeriksa fa­siliti di stadium berkenaan kelmarin.

Menurut Pengarah Per­badanan Sukan Negeri Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee stadium yang di­jangka siap sepenuhnya pada Mac depan juga memenuhi spesifikasi untuk menganjur kejohanan bertaraf dunia.

“Lawatan pihak BAM kel­marin bertujuan memeriksa fasiliti di stadium terbabit seperti bilik pemain, pusat ka­walan doping, bilik persidan­gan, pencahayaan, ketinggian dan venue pertandingan.

“Selepas mengadakan perbincangan, pegawai BAM berpuas hati dengan keseluru­han struktur dan spesifikasi fa­siliti di stadium itu dan sesuai untuk menganjur kejohanan bertaraf dunia.