Khairy saran Bernhardt pilih pembantu jurulatih

0

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan agar jurulatih Projek Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt memilih pembantu jurulatih tempatan bagi mengendalikan skuad B-22 itu.

Bernhardt dikatakan berhasrat mengambil pembantu jurulatih asing bagi membantunya menguruskan pasukan itu.

Khairy berkata pembantu jurulatih tempatan sudah memadai untuk membantu Bernhardt dalam mengendalikan skuad B-22 itu bagi menghadapi Sukan SEA tahun hadapan.

“Saranan saya ialah kita perlu bincang dengan jelas dengan Bernhardt mengikut keperluan skuad Sukan SEA, cukup ambil penolong tempatan.

“Saya harap Bernhardt faham dan beri tumpuan terhadap tugas sebenarnya iaitu memilih pemain bagi skuad Sukan SEA,” katanya.

Pertandingan disertai lebih 200 peserta itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu Terbuka Atas 170cm, Terbuka Bawah 170cm, Bakat Baru Atas 170cm dan Bakat Baru Bawah 170cm.

Mengulas tugas Bernhardt, Khairy berkata Bernhardt diberikan masa sehingga akhir tahun ini untuk membuat pemilihan pemain skuad Sukan SEA di peringkat negeri dan kelab bola sepak tempatan.

Katanya, jika ada pemain berpotensi daripada pasukan negeri atau kelab, mereka akan dipanggil untuk mengikuti latihan pusat di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Saya harap pasukan negeri dan kelab akan melepaskan pemain mereka yang terpilih berada dalam pasukan Bernhardt jika ada latihan atau perlawanan yang perlu disertai mereka,” katanya.  — Bernama