Ganjaran RM10,000 menanti SASA

0
TAHNIAH: Kuo (empat kiri) dan Tiong (lima kiri) bersama perenang dan pegawai SASA memberi isyarat bagus semasa berakhirnya majlis tersebut.

TAHNIAH: Kuo (empat kiri) dan Tiong (lima kiri) bersama perenang dan pegawai SASA memberi isyarat bagus semasa berakhirnya majlis tersebut.

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Datuk Tiong Thai King menawarkan ganjaran RM10,000 kepada Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA) seandainya atlet-atletnya berjaya memenangi pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) di Sarawak akan datang.

“Tidak kira warna apa… yang penting ada pingat,” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Sukan Renang di Pusat Agape di sini kelmarin.

Sejumlah RM37,800 disampaikan kepada 20 perenang berjaya mencipta rekod negeri dan kebangsaan yang baharu pada kejohanan renang sejak dua tahun lalu.

Perenang utama negeri, Nee Gui Ping antara peserta menerima insentif paling banyak iaitu RM6,015 rentetan kejayaannya mencipta beberapa rekod baharu negeri dan kebangsaan.

Tiong berkata, terpulang kepada budi bicara pihak persatuan (SASA) mengagihkan insentif berkenaan kepada para atletnya.

“SUKMA 2016 hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan diharapkan semua peserta yang mengambil bahagian berlatih dengan bersungguh-sung- Ganjaran RM10,000 menanti SASA guh memenangi pingat untuk SASA,” katanya.

Menurut Tiong, perenang yang berjaya memunggut pingat pada kejohanan tersebut bukan sahaja membantu menaik taraf status mereka tetapinya penghargaan kepada SASA.

Sementara itu, Presiden SASA Oliver Kuo berkata penyampaian insentif tunai itu merupakan salah satu acara tahunan sebagai menghargai kejayaan para atletnya.

“Kami akan terus melaksanakan skim ini supaya lebih ramai perenang SASA mendapat manfaat daripadanya,” ujar beliau.

Menyentuh mengenai Kejohanan Renang Sibu peringkat umur yang baharu berakhir, Kuo melahirkan rasa puas hati dengan 17 rekod baharu yang berjaya dicatatkan.

Pendatang baharu, Timothy Wong mencipta gelombang baharu dalam arena sukan renang apabila memperbaharui lapan rekod lama.

“Ini merupakan satu petanda para perenang dalam beberapa kategori semakin baik,” katanya.

Beliau berkata, kejohanan itu juga menjadi landasan untuk mengukur taraf perenang bagi pemilihan menyertai kontinjen SUKMA Sarawak.