Enam kaki judi leka main holo ditangkap

0
SERBU: Anggota polis ketika melakukan serbuan di sebuah kantin di kawasan Tedungan malam kelmarin.

SERBU: Anggota polis ketika melakukan serbuan di sebuah kantin di kawasan Tedungan malam kelmarin.

LIMBANG: Keasyikan enam kaki judi yang sedang leka bermain judi jenis holo tidak berpanjangan apabila diberkas sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah kantin di kawasan Tedungan malam kelmarin.

Dalam serbuan dijalankan pada jam 10.05 malam itu, enam suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 43 hingga 18 tahun ditahan sepasukan polis diketuai Inspektor Kantharuban dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Limbang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata pelbagai barangan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan itu turut dirampas.

“Antara peralatan judi dirampas termasuk tiga biji dadu dan kain mempunyai gambar binatang, holo serta wang tunai RM320 diguna berjudi,”katanya lagi.

Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.