Anak curi wang ibu dihadap ke mahkamah

0

MIRI: Seorang lelaki diha­dapkan ke Mahkamah Ma­jistret petang semalam atas tuduhan mencuri sekeping kad ATM milik ibunya dan membuat pengeluaran wang menggunakan kad tersebut.

Mohd Yasser Ibrahim, 24, dari Lorong Adong 1A di sini telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Kes­eksaan yang memperuntuk hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kes­alahan.

Berdasarkan pertudu­han kes, tertuduh mencuri sekeping kad ATM kepun­yaan ibunya, Jamilah Rosli dan membuat pengeluaran wang sebanyak RM300 meng­gunakan kad tersebut

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.30 petang, 3 Februari lalu di rumah keluarganya di Lorong Adong 1A di sini.

Bagaimanapun tiada se­barang pengakuan salah tertuduh direkodkan.

Pendaftar Mahkamah Ren­dah, Nuur Hafiza Yatim yang mendengar kes tersebut kemudian menetapkan 16 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Manakala tertuduh dibe­nar dibebas dengan jaminan RM2,500 berserta dua pen­jamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.