TBS bantu keluarga mangsa kebakaran Kpg Tabuan Melayu

0
BANTU:Fadlullah (dua kanan) menyerahkan bantuan kepada Salbiah.

BANTU:Fadlullah (dua kanan) menyerahkan bantuan kepada Salbiah.

KUCHING: Mangsa kebaka­ran di Kampung Tabuan Melayu, Salbiah Bukhari, 55, melahirkan rasa bersyukur dengan bantuan kecemasan disumbangkan Tabung Bait­ulmal Sarawak (TBS).

Bantuan itu berupa barangan makanan dan ke­wangan disampai Ketua Unit Dakwah TBS Fadlullah Abdullah.

Selain Salbiah, dua lagi ke­luarga terjejas turut menerima bantuan sama.

Salbiah masih bersedih dengan insiden berkenaan berkata, bantuan itu boleh diguna menampung perbe­lanjaan awal keluarga.

“Terima kasih kepada TBS kerana bertindak pantas dalam menyalurkan bantuan kepada kami.

“Saya amat bersyukur dengan bantuan ini terutama untuk mengurang beban kami tanggung selepas rumah kami musnah dalam kebakaran,” katanya.

Dalam insiden berlaku sekitar jam 11 pagi Rabu lepas, tiga keluarga hilang tempat berteduh selepas ru­mah mereka musnah dalam kebakaran.