Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat pagi ini

0

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Kuching dan Bau meningkat awal pagi ini sehingga menjangkau 1,065 orang daripada 253 keluarga berbanding 765 orang daripada 175 keluarga malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata dua lagi pusat pemindahan dibuka di daerah Kuching menjadikan jumlahnya kini sembilan buah.

Namun, katanya jumlah mangsa di Dewan Serbaguna Taman Malihah yang paling ramai menempatkan mangsa iaitu seramai 469 orang malam tadi sudah berkurangan kepada 66 orang pagi ini.

Beliau berkata sementara di daerah Bau, satu lagi pusat pemindahan di buka di Surau Dahrul Idayah malam tadi menjadikan jumlahnya kini empat buah. – BERNAMA