Syahrul sedia balas kepercayaan

0
BERSEMANGAT: Syahrul (tengah) bersemangat menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan di Stadium Negeri Kuching semalam.

BERSEMANGAT: Syahrul (tengah) bersemangat menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan di Stadium Negeri Kuching semalam.

Bekas penyerang Harimau Muda itu ikrar bantu Sarawak memburu kejuaraan Liga Malaysia musim ini

Oleh Harry Ilias //

KUCHING: Penyerang import tempatan Sarawak, Syahrul Azwari Ibrahim bersedia membalas kepercayaan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dengan nekad ingin membantu skuad Sarawak memburu kejuaraan pada kempen Liga Malaysia musim ini.

Bekas pemain Harimau Muda yang mencetus kontroversi itu sah menjadi milik Sarawak selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju meminjamkannya selama semusim dengan FAS.

Ketika ditemui pada sesi latihan di sini semalam, Syahrul tampak bersemangat selepas kembali menyertai rakan-rakan sepasukan dan tidak sabar memulakan aksi kempen Liga Super menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka Sabtu ini.

“Syukur dan lega kerana segalanya telah selesai dan kini saya dapat kembali memberi fokus terbaik dengan persiapan pasukan Sarawak menghadapi Liga Malaysia musim ini.

“Musim ini saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk Sarawak sebagai membalas kepercayaan diberikan oleh FAS yang bersungguhsungguh untuk mendapatkan khidmat saya.

“Saya t idak menjanjikan apa-apa namun akan berusaha sebaik mungkin untuk tidak menghampakan penyokong-penyokong setia pasukan Ngap Sayot musim ini,” katanya ditemui di sini semalam.

Beliau juga berharap semua pihak dapat memberi sokongan sepanjang kariernya di sini.

Pada masa yang sama, Syahrul turut mengucapkan terima kasih sebagai mengha r g a i s okong a n penyokong-penyokong di sini.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata, beliau cuba memberikan yang terbaik sebagai membalas sokongan penyokong-penyokong setia pasukan Sarawak nanti.

Sarawak akan bertandang ke Stadium Hang Jebat, Melaka menentang PDRM pada perlawanan pertama Liga Super 2016 Sabtu ini dan akan membuka tirai beraksi di Stadium Negeri menentang Felda United pada Sabtu depan.