Tiga suspek pengedar dadah di Sungai Asap, Belaga diberkas polis malam tadi

1

AmELE5zV203xYIbCrx78LMJfpybIbcOUyqOQp6Lo_t8K AsubSvaNBbEKWmkHhpyy5OKs-xa7ycdHIw6gouUSSBuEKUCHING: Tiga lelaki termasuk dua warga Indonesia disyaki pengedar dadah diberkas di Simpang Uma Belor, Sungai Asap malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar berkata ketiga-tiga suspek yang menaiki sebuah Toyota Hilux ditahan anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) kira-kira pada jam 10 malam.

Aprh_5Z-tXorUAK-HJHaIbpJlxd6uBu6r9sGO5ju1vXOHasil pemeriksaan di dalam kenderaan yang dinaiki suspek berjaya menemui selaras senapang patah buatan sendiri bersama dua butir peluru, magazine berisi peluru, keris, dan penumbuk buku lima.

Selain itu, turut ditemui 10 paket plastik dan 27 tiub penyedut minuman yang mengandungi syabu.

“Seorang daripada suspek yang ditahan ialah warga tempatan, berusia 36 tahun, berbangsa Kenyah dan berasal dari Baram. Manakala dua lagi ialah warga Indonesia berusia 40 dan 32 tahun.

“Kami percaya suspek adalah pengedar dadah yang membekalkan dadah di kawasan tersebut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sepasukan polis daripada D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak juga turut dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan terhadap senjata dan peluru yang dirampas.