KRBK mengadakan Lawatan Muhibah ke Kota Pontianak

0
LAWATAN: Sebahagian ahli rombongan Lawatan Muhibah KRBK ke Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

LAWATAN: Sebahagian ahli rombongan Lawatan Muhibah KRBK ke Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

KUCHING: Kelab Rekreasi RPR Batu Kawa (KRBK) mengadakan Lawatan Muhibah ke Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia pada 12 hingga 15 Februari ini.

Program lawatan empat hari itu diketuai Penasihat KRBK selaku Ketua Rom­bongan Amil Enn, Penghulu Kawasan Batu Kawa mer­angkap Penaung KRBK, Sariee Mansor dan Pengerusi KRBK, Mohammad Mu­barak Abdillah Su’ut.

Turut serta seramai 23 orang ahli-ahli rombongan terdiri exco dan pemain-pemain.

Program itu bertujuan mengeratkan hubungan muhibah antara KRBK dan Kantor Gubernur Kalbar dan Dinas Pekerjaan Umum Provinsi Kalimantan Barat.

Di samping itu, ia bertu­juan memberi lebih pededa­han kepada ahli-ahli KRBK melalui penganjuran perla­wanan persahabatan futsal dan badminton dengan pasu­kan-pasukan tempatan di Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

Program itu merupakan aktiviti susulan Kejohanan Futsal Tertutup Piala KRBK 2016 yang diadakan pada 9 dan 10 Januari lalu di mana se­bilangan pemain yang terpilih melalui kejohanan tersebut turut dibawa bersama rom­bongan lawatan itu.

Jawatankuasa Penganjur Lawatan Muhibah dan Kejo­hanan Futsal Tertutup Piala KRBK 2016 serta ahli-ahli KRBK ingin merakamkan ribuan terima kasih ke­pada jabatan dan agensi tu­rut membantu memastikan penganjuran lawatan dan kejohanan berjalan dengan lancar.

Penaja terdiri jabatan, pertubuhan, syarikat serta individu perseorangan yang memberi sumbangan dari segi kewangan dan barangan keperluan dalam pengan­juran kejohanan dan lawatan tersebut.