Misi gempur skuad ‘The Cops’

0

Oleh Harry Ilias//

AMANAT PENTING: Rajagobal memberi amanat penting kepada pemain-pemain sebelum memulakan sesi latihan menghadapi PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

AMANAT PENTING: Rajagobal memberi amanat penting kepada pemain-pemain
sebelum memulakan sesi latihan menghadapi PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

KUCHING: Pengendali Sarawak, Datuk K Rajago­bal mahu semua pemain­nya memberi fokus terbaik tatkala berdepan PDRM pada perlawanan pertama Liga Super 2016 di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

Menurutnya, aksi pembuka tirai malam ini cukup pent­ing untuk Sarawak dan beliau mahukan keputusan yang terbaik dibawa pulang oleh anak-anak buahnya.

“Perlawanan pertama pent­ing untuk mana-mana pasu kan dan bagi kita (Sarawak) juga mahu memulakannya dengan baik.

“Kita tidak dapat menen­tukan keputusan namun yang pasti semua pemain turun dengan keyakinan tinggi un­tuk membawa pulang mata berharga,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, barisan pe­main juga telah bersedia sepe­nuhnya untuk menggempur kubu PDRM dan yakin ke­menangan akan menyebelahi Sarawak dengan syarat semua pemain bermain mengikut perancangan yang diatur.

Jurulatih berusia 59 ta­hun itu menegaskan kepada jentera serangannya agar tidak mensia-siakan setiap peluang untuk menjaring­kan gol.

“Saya tetap optimis dan mengingatkan semua pemain agar beraksi dengan baik dan memberi tentangan hebat kepada PDRM yang dibimb­ing Mohd Fauzi Pilus,” ka­tanya.

Walaupun PDRM diba­risi 80 peratus muka baharu, kelibat penyerang berbisa ke­lahiran Maldives, Ali Ashfaq dan beberapa import baharu perlu diberi perhatian oleh ba­risan pertahanan Sarawak.

Apatah lagi, janji Penaung PDRM Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menaikkan pangkat pemain-pemain jika skuad itu berjaya merangkul satu piala pada musim ini pasti menaikkan semangat skuad ‘The Cops’ memberi saingan sengit ke­pada Sarawak malam ini.

Sarawak dijangka memba­riskan pemain terdiri Iqbal Suhaimi, Ronny Harun, Dav­ide Grassi, Ramesh Lai, Hairol Mokhtar, Junior Aparecido, K Gurusamy, Mohd Shahrol Saperi, Ndumba Makeche, Gilmar da Silva dan Syahrul Azwari.