Perlumbaan basikal sebelum temasya SUKMA

0

KUCHING: Persatuan Ber­basikal Negeri Sarawak men­ganjurkan beberapa perlum­baan basikal tertutup Sarawak sebelum temasya SUKMA XVIII 2016 bermula.

Antara dipertandingkan Ujian Masa Individu (ITT) dan perlumbaan lebuh raya yang dianjurkan pada 13 dan 14 Februari ini di FAC, Jalan Matang dekat sini.

Menurut penganjur, acara dipertandingkan pada Sabtu adalah ITT Lelaki 50km dan ITT Wanita 30km.

Manakala pada Ahad berlang­sung acara perlumbaan lebuh raya melibatkan lelaki 140km, remaja lelaki bawah 21 tahun 140km dan wanita 120km.

Turut berlangsung acara menurun bukit (downhill) dan merentas desa (XCO) yang di­adakan pada 20 dan 21 Febru­ari di Trek Bukit Siol, Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Untuk acara menurun bukit, ‘seeding’ dan final akan berlangsung pada 20 Februari manakala XCO bagi lelaki, wanita dan remaja lelaki bawah 21 tahun berlangsung pada 21 Februari ini.

Hanya warga Sarawak yang telah berkahwin, bekerja atau belajar dan menetap di sini lebih daripada enam bulan dibenarkan mengambil ba­hagian.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Sekretariat Perlumbaan, Zamri Dollah di talian 016-8822773.