Remaja maut tercampak dari kereta akibat memotong

0

KOTA TINGGI: Seorang remaja perempuan maut setelah tercampak keluar kira-kira 500 meter daripada kereta Perodua Kenari yang dipandunya di Km 14, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata mangsa Nor Indah Sari Mohamad Norizan, 21, memandu berseorangan dari arah Sungai Rengit menuju Bandar Penawar apabila dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun gagal menyebabkan keretanya terbabas ke arah bertentangan.

“Kenderaan mangsa dilapor berpusing sebanyak tiga kali dan tersadai di tebing bukit timbunan tanah. Mangsa pula tercampak keluar sejauh 500 meter,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 malam.

Dalam kes lain, Rahmat berkata seramai enam pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ditahan di sebuah rumah kongsi di Ladang Foh Chong, dekat Jalan Kota Tinggi-Johor Baharu awal pagi Rabu lepas. — Bernama