1,000 peserta sertai sukan rakyat

0

SIBU: Sukan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka 2016 julung kali diadakan berlangsung di Dewan Lakis di sini.

Aktiviti sukan rakyat itu merupakan inisiatif dan idea Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee.

Dianggarkan seramai 1,000 orang peserta mengambil bahagian dalam sukan rakyat itu menyaksikan pelbagai permainan dan aktiviti dijalankan.

Program itu bagi mengeratkan silaturahim ahli-ahli JKKK, KRT, murid-murid sekolah rendah serta penduduk kampung dan rumah panjang di DUN Nangka melalui aktiviti-aktiviti sihat.

Antara permainan-permainan tradisional dipertandingkan ialah asen, sepak takraw dalam bulatan, kaki tiga, lari dalam guni, dan lain-lain.

Hadir sama Kaunselor Jimmy De’ Rozario, Kaunselor Ibrahim Laili serta AJK Hari Sukan Rakyat DUN Nangka 2016.