Lelaki ditemui mati tergantung di bilik

0
MATI MENGEJUT: Mayat mangsa dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

MATI MENGEJUT: Mayat mangsa dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung pada lehernya di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Semariang Batu di sini, malam kelmarin.

Mangsa yang berusia 28 tahun ditemui dalam keadaan sedemikan sekitar jam 7 malam oleh ibunya yang risau selepas mangsa dikatakan menyendiri di dalam bilik berkenaan.

“Ibunya pergi memeriksa bilik tersebut dan terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan tergantung menyebabkan dia terus meminta bantuan ahli keluarga yang lain untuk menurunkan mangsa.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri ketika itu kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia,” kata sumber.

Beberapa anggota dari balai polis berdekatan juga dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh keluarga mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.