Kuching banjir lagi, hujan lebat sejak malam tadi

1
4185a710-135c-4f73-bc93-72b6e7522d2d

Keadaan banjir di pusat bandar.

KUCHING: Beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang turun sejak malam tadi.

Turut terjejas ialah Hospital Umum Sarawak (HUS) apabila air mula naik di tingkat bawah bangunan utama.

Ekoran beberapa batang jalan dinaiki air, kesesakan lalulintas turut dilaporkan.

3aa59419-7407-4344-8382-14b0a5dc6a90

Keadaan banjir di pusat bandar.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching Tiong Ling Hii berkata semua balai bomba dan penyelamat di kawasan Kuching diarahkan menjalankan pemantauan.

Bomba menerima 17 panggilan kecemasan sejak jam 6.00 pagi hingga 10.30 pagi tadi.

f3636a9b-4793-4991-b19f-81c1cb9504cb

Anggota bomba dan penyelamat melakukan tinjauan banjir sekitar Kuching.

Antara kawasan terjejas ialah pusat bandar, Tabuan Dayak, Batu Lintang, Satok dan Padang Merdeka.

Bahagian Kuching, Serian dan Samarahan baru beransur pulih selepas dilanda banjir gelombang kedua sebanyak dua kali pada bulan ini.

b05cd5a1-95b3-4154-8acd-33d7efada8a4

Keadaan di Hospital Umum Sarawak pagi tadi.