Tiga sekawan nyaris ditelan Ranchan

0
MENCABAR: Anggota bomba sedang berusaha menyelamat mangsa menggunakan tali.

MENCABAR: Anggota bomba sedang berusaha menyelamat mangsa menggunakan tali.

SERIAN: Tiga sekawan terpaksa berpaut pada besi selepas dihanyutkan arus deras semasa sedang mandi di air terjun di Pusat Rekreasi Ranchan di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata, kejadian tersebut disaksikan beberapa orang awam yang segera menghubungi pihak bomba sekitar jam 5 petang.

Menurut beliau, ketiga-tiga lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 19 tahun berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Setiba di lokasi kejadian, pihak kita diberitahu oleh orang awam bahawa ketiga-tiga mangsa sedang berpaut pada besi yang berada di tengah-tengah laluan air (kolam takungan) setelah dihanyutkan arus deras yang datang dari hulu air terjun.

“Anggota bomba menggunakan tali untuk menyelamatkan kesemua mangsa dan keadaan mereka kini stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Difahamkan, dua daripada mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serian.

LEGA: Ketiga-tiga mangsa yang berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.

LEGA: Ketiga-tiga mangsa yang berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.