Notis bubar DUN dihantar ke SPR hari ini: Asfia

0
Asfia mempengerusikan sidang media berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Asfia mempengerusikan sidang media berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri.

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menghantar notis pembubaran DUN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata notis berkenaan telah ditandatangani oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bertarikh pada 31 Mac 2016.

“Pagi ini saya telah menghantar notis pembubaran DUN Sarawak melalui faksimili dan salinan asal melalui pos laju (kurier).

“Selepas ini keputusan untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi kepada SPR sebagai tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

SPR akan mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan tarikh mengundi dan mengendalikan pilihan raya.

Semalam Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pembubaran DUN Sarawak yang berkuatkuasa pada 11 April 2016.