Lelaki gantung diri selepas putus cinta

1
TRAGIS: Mangsa dikejarkan ke HUS selepas ditemui dalam keadaan tergantung di kuartersnya.

TRAGIS: Mangsa dikejarkan ke HUS selepas ditemui dalam keadaan tergantung di kuartersnya.

KUCHING: Seorang remaja lelaki dikata kecewa selepas kekasihnya memutuskan hubungan ditemui mati dalam keadaan tergantung di hadapan kuarters pekerja yang didiaminya di Batu Kawa, kelmarin.

Mangsa hanya dikenali sebagai Chung berusia 17 tahun dan berasal dari Kampung Sibakar, Padawan.

Menurut sumber, mangsa bekerja di tempat mencuci kereta dikatakan gagal mengawal emosi apabila kekasihnya memutuskan hubungan percintaan mereka iaitu sekitar jam 11 malam Khamis lepas.

“Terdahulu mangsa kecewa dengan perkara itu dikata mengelar tangannya seterusnya memuat naik gambar serta status di WeChat.

“Perkara itu disedari kakaknya sebelum memberitahu ibu mereka yang kemudian bergegas ke kuarters didiami mangsa.

“Bagaimanapun, setibanya di kediaman tersebut, mereka menemui mangsa dalam keadaan tergantung dan tidak sedarkan diri sebelum mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS),” kata sumber. Mangsa disah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang memeriksa keadaannya setibanya di HUS.

“Selain itu, pemeriksaan lanjut terhadap mangsa juga mengesyaki mangsa ada meminum racun serangga,” kata sumber yang turut memberitahu mayat mangsa dihantar ke rumah mayat HUS untuk bedah siasat.