Papagomo ditegah masuk Sarawak

0

KUCHING: Penulis blog kontroversi Papagomo menjadi individu terkini dihalang memasuki Sarawak.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dimaklumkan demikian ketika tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) selepas menggunakan penerbangan Air Asia AK8672 dari Kuala Lumpur kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Papagomo yang juga Ahli Exco UMNO Wangsa Maju difahamkan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada penerbangan seterusnya.

Sebelum Papagomo, kerajaan negeri turut menghalang kemasukan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang juga penganjur Perhimpunan Maruah Melayu (Baju Merah) Datuk Jamal Md Yunos.