Pertandingan Gusti Lengan Sejiwa Senada Samarahan tarik 90 peserta

0

KUCHING: Pertandingan Gusti Lengan Sejiwa Senada Bahagian Samarahan yang berlangsung pada 17 April lepas disertai seramai 90 peserta dalam empat kategori.

“Pertandingan kali ini merupakan kejayaan kedua setelah penganjuran pertama diadakan di Singai sebelum ini.

“Ia sekali gus mencatat rekod kedua penganjuran oleh Sarawak Arm Sport Association (SASA), tanpa kecederaan kepada peserta,” kata Ketua Pengadil merangkap Presiden SASA, Matthew Barin.

Sementara itu, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan Syed Zyed Wan Asnawi berkata penyertaan yang diterima pihaknya begitu menggalakkan.

Pihaknya turut mencadangkan agar SASA terus bekerjasama dengan pihaknya dalam membantu menganjurkan lebih banyak pertandingan seumpamanya di Samarahan pada masa akan datang.

Bagi kategori lelaki 75 kg ke atas, johan disandang oleh Christy Sidi.

Manakala Amir Hanapi, Breandon Benjamin Henry, dan Johnical Paneng masing- masing di tempat kedua, ketiga dan keempat.

Untuk kategori lelaki 75 kg ke bawah pula johan digondol oleh Akken Lesdina yang menewaskan Roma Tiram.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Korintus Leban dan Jelian Daud.

Sementara itu, untuk kategori lelaki junior (21 tahun ke bawah) johan disandang oleh Jacklis Bering, tempat kedua Ranald Rimin, ketiga Julian Liadeb dan keempat Abdul Wahab.

Manakala untuk kategori wanita terbuka Noor Hafiza muncul juara diikuti Helena Liew di tempat kedua, Christy Pendi ketiga dan Rebecca Christy keempat.

Bagi kategori juara antara juara (juara kategori lelaki 75 kg ke atas bertemu juara kategori lelaki 75 kg ke bawah), Christy Sidi terbukti unggul selepas berjaya mengalahkan pencabarnya Akken Lesdina.