Mohd Feldarus juara lelaki terbuka acara Benak Road – Trail Run 2016 semalam

0
 PEMENANG: Cassidy (berdiri tujuh kanan) dan Philip (enam kanan) bersama pemenang acara Benak Road - Trail Run 2016 di Taman Tebingan Batang Lupar, Sri Aman semalam.


PEMENANG: Cassidy (berdiri tujuh kanan) dan Philip (enam kanan) bersama pemenang acara Benak Road – Trail Run 2016 di Taman Tebingan Batang Lupar, Sri Aman semalam.

SRI AMAN: Mohd Feldarus Abdul Rahman muncul juara bagi kategori 9km lelaki terbuka acara Benak Road – Trail Run 2016 di Taman Tebingan Batang Lupar di sini semalam.

Dengan kemenangan itu, Mohd Feldarus membawa pulang wang tunai RM500 dan medal.

Naib juara disandang C Saravanan Kumar dan ketiga Aswari Mustafa.

Saravanan menerima wang tunai RM350 dan Asrawi meraih RM200 serta medal.

Sementara itu, bagi kategori wanita tempat pertama disandang Lee Leh Ha, kedua Hii Yiang Nyuk dan ketiga Jessica Ngali.

Lee menerima hadiah wangtunai RM500, Hii meraih wang tunai RM350 dan Jessica RM200 serta medal masing-masing.

Hadiah sagu hati bagi kedua-dua kategori tempat keempat hingga ke-10 masing-masing menerima wang tunai RM100 setiap seorang.

Seramai 340 peserta menyertai larian bagi kategori 9km Benak Road – Trail Run 2016 lelaki dan wanita itu.

Sementara itu, 4km Benak Fun Run iaitu larian sejauh empat kilometer dalam tempoh masa dua jam disertai 233 peserta.

Pengerusi pertandingan, Cassidy Morris berharap agar acara Benak Road – Trail Run 2016 itu dapat membantu kerajaan mempromosikan Pesta Benak Sri Aman.

“Walaupun Pesta Benak Sri Aman ditunda kepada tarikh yang belum ditentukan namun larian itu tetap diteruskan dan diadakan dengan jayanya,” kata beliau.

Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Philip Salam diberi penghormatan melepaskan peserta kejohanan itu semalam.