Tanah runtuh berdekatan Loji Perawatan Air Bayai

0
RUNTUH: Anggota BBP Sri Aman memerhati kerja membersih tanah runtuh yang menghalang laluan jalan berdekatan Loji Perawatan Air Bayai di Jalan Paip, Sri Aman semalam.

RUNTUH: Anggota BBP Sri Aman memerhati kerja membersih tanah runtuh yang menghalang laluan jalan berdekatan Loji Perawatan Air Bayai di Jalan Paip, Sri Aman semalam.

SRI AMAN: Satu kejadian tanah runtuh berlaku berdekatan Loji Perawatan Air Bayai, Jalan Paip di sini, semalam.

Jurucakap bomba berkata, kejadian yang menghalang laluan jalan itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat malam kelmarin.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh itu daripada pihak polis pada jam 9.21 pagi semalam.

“Sebaik sahaja menerima panggilan, seramai lapan anggota diketuai Mohd Ariffin bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, lanjutan itu BBP Sri Aman segera melakukan pemantauan di lokasi kejadian dengan kerjasama Cahaya Mata Sarawak (CMS).

Kemudian, CMS melakukan kerja pembersihan mengalihkan tanah menutupi laluan jalan menggunakan jentera jentolak dan jengkaut.

Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam kejadian itu.