Badminton Tertutup Sibu 27-29 Mei ini

0

SIBU: Persatuan Badminton Sibu (PBS) mempelawa pengiat sukan badminton menyertai Kejohanan Badminton Tertutup Sibu (Pra-SUKMA) berlangsung pada 27 hingga 29 Mei ini.

Kejohanan diadakan di Stadium Tertutup Sibu, Jalan Airport Lama berhampiran Universiti Kolej Teknologi Sarawak di sini.

Kategori dipertandingkan ialah lelaki perseorangan, lelaki beregu, wanita perseorangan, wanita beregu, beregu campuran dan lelaki veteran beregu.

Bagi peserta veteran terbuka untuk veteran yang lahir pada 1971 atau sebelumnya.

Setiap pemain hanya layak menyertai dua kejohanan dan penganjur berhak membatalkan setiap kategori yang mendapat kurang penyertaan.

Bagi yuran penyertaan, RM10 untuk peserta lelaki dan wanita perseorangan, manakala RM20 untuk lelaki dan wanita beregu campuran serta beregu veteran.

Borang penyertaan yang lengkap dengan yuran bayaran hanya diterima di TN Sport, Pusat Pameran dan Dagangan Sibu di Jalan Tample di sini.

Setiap satu borang hanya dibenarkan untuk satu penyertaan sahaja.

Borang penyertaan perlu diserahkan kepada TN Sport selewat-lewatnya sebelum 20 Mei (Jumaat) jam 12 tengah hari.

Untuk sebarang pertanyaan dan borang penyertaan boleh menghubungi 084-321159.