SMK Hajah Laila Taib meraih kejuaraan bola jaring MSSM

0

KOTA SAMARAHAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hajah Laila Taib meraih kejuaraan bagi kategori bawah 18 tahun Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Menengah (MSSM) Bahagian Samarahan.

Lebih manis SMK Hajah Laila Taib merangkul gelaran itu di laman sendiri yang merupakan tuan rumah bagi kejohanan tersebut pada edisi 2016.

Sementara itu, naib juara dimenangi oleh SMK Sadong Jaya manakala SMK Muara Tuang sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Kategori bawah 15 tahun pula menyaksikan SMK Sadong Hilir dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Manakala SMK Hajah Laila Taib di tempat kedua sementara SMK Muara Tuang berada di kedudukan ketiga.

Ternyata kehebatan pasukan bola jaring SMK Hajah Laila Taib tidak dapat dinafikan selepas berjaya mendominasi peringkat akhir kejohanan bagi dua kategori itu.

Bagaimanapun, kategori bawah 15 tahun menyaksikan pasukan terpaksa akur di kedudukan kedua selepas tewas dengan pencabar dari SMK Sadong Hilir.

Kejohanan diadakan setahun sekali itu dianjurkan oleh SMK Hajah Laila Taib pada tahun ini.

Turut hadir Pegawai Teknikal Samarahan merangkap penyelaras pertandingan, Norsalwa Abu Samad dan Pengetua SMK Hajah Laila Taib, Judah Ahmad.