Badang Sarawak sasar lima pingat emas

0

Oleh Harry Ilias//

ANDY

ANDY

KUCHING: Kont injen Sarawak optimis membawa pulang lima pingat emas pada Kejohanan Bina Badan Malaysia Ke-47 2016 yang bermula hari ini (20 Mei) hingga 22 Mei di Sibu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) Andy Ismail berkata, sasaran itu berdasarkan persembahan cemerlang kontinjen Sarawak pada kejohanan kebangsaan selama dua tahun mereka dinobatkan Kontinjen Terbaik selain merangkul gelaran Juara Antara Juara.

“Tambahan pula, kualiti atlet kita semakin meningkat dalam usaha kita memburu kejuaraan ketiga berturut- turut di tempat sendiri,” katanya kepada Utusan Borneo semalam selepas mengumumkan senarai atlet Sarawak.

Andy berkata, edisi kali ini yang akan diadakan selama tiga hari di Kingwood Hotel, Sibu akan menekankan konsep pertandingan bersih dan bebas dadah (doping).

Menurutnya, badan kebangsaan Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) memandang serius isu doping.

“Jika kita mahu menang, kita mahu memastikan ia diperolehi secara adil.

Saya percaya ini juga menjadi harapan kontinjen negeri lain.

Bagi pihak SBBA, kami sentiasa memantau ketat atlet kami dari semua aspek termasuk semasa latihan dan pemakanan.

“Ini sangat penting kerana atlet bukan setakat mewakili diri mereka sendiri tetapi Sarawak,” tambahnya.

Memeyentuh peluang Sarawak untuk sekali lagi merangkul kejuaraan, Andy berkata pihaknya amat opt imi s namun enggan memandang rendah peluang dan kemampuan skuad negeri lain sambil menambah edisi kali ini dijangka amat mencabar.

“Saya percaya semua atlet kita dapat melepasi lima tempat teratas dalam setiap kategori dipertandingkan.

Yang pasti sasaran utama kali ini iaitu lima pingat emas,” katanya dengan penuh yakin.

Sarawak mempertaruhkan 11 atlet terbaik pada edisi tahun ini iaitu Jacob Jinggut Vincent (Miri), Zulazman Mohd Bujang (Kuching), Azrie Asmat Sefri (Miri), Alvin Vellabouy Alan Achang (Kuching), Maskabi Kabar (Miri), Fong Hui Kong (Sibu), Mohammad Shakira Joto (Kuching), Fa r rokh Ibt i s am Ting (Sibu), Aisa Rosli (Kota Samarahan), Donny Fam (Kuching) and Dennis Jeros (Kuching).

Menteri Kewangan Kedua merangkap ADUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh dijangka hadir pada final kejohanan mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.