Dr Chong dan Awang Seruji muncul juara tenis beregu Tertutup Lawas

0
TAHNIAH: (Dari kiri) Awang Seruji, Dr. Chong, Choo dan Dlim yang masing-masing merupakan johan dan naib johan bagi pasangan beregu tenis.

TAHNIAH: (Dari kiri) Awang Seruji, Dr. Chong, Choo dan Dlim yang masing-masing merupakan johan dan naib johan bagi pasangan beregu tenis.

MIRI: Beregu Dr Chong Siu Kiong dan Awang Seruji Awang Damit muncul juara Pertandingan Tenis Beregu Lelaki Tertutup Lawas 2016 bagi edisi pertama, baru-baru ini.

Pasangan terbabit menewaskan gandingan Kwong Chang Choo dan Dlim Lisah pada perlawanan akhir ‘Super Tie Break’ dengan mata 1-6, 6-3 dan 10-4.

Pertandingan anjuran Persatuan Tenis Lawas berkenaan disertai lapan beregu yang berlangsung selama dua hari di Gelanggang Tenis, Stadium Tertutup Lawas.

Menurut Dr Chong yang juga Presiden Persatuan Tenis Lawas, pertandingan itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada penggemar sukan tersebut di sekitar Lawas.

“Tetapi kita terpaksa mengehadkan jumlah penyertaan memandangkan gelanggang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung penyertaan yang banyak,” jelas beliau.

Ujarnya, persatuan berkenaan bercadang untuk mengadakan pertandingan sama pada masa akan datang, sekiranya masalah gelanggang dapat diatasi.

“Jus teru, diharapkan melalui pertandingan yang kita anjurkan ini, ia secara langsung dapat membuka mata pihak yang berkaitan bagi membantu membangunkan sukan tenis di sini,” katanya.