Star Manok juara futsal Euro Fever 2016

0
KAMI JUARA: Tiong (lima kiri, belakang), Rosman (empat kiri, belakang) merakamkan kenangan bersama pasukan Star Manok yang memenangi Kejohanan Futsal Euro Fever 2016.

KAMI JUARA: Tiong (lima kiri, belakang), Rosman (empat kiri, belakang) merakamkan kenangan bersama pasukan Star Manok yang memenangi Kejohanan Futsal Euro Fever 2016.

SIBU: Pasukan Star Manok muncul juara Kejohanan Futsal Euro Fever 2016 yang diadakan di Stadium Tertutup Bukit Lima Sibu, baru-baru ini.

Manakala, naib johan menjadi milik pasukan Sibu Jaya dan pasukan BNG Bushna dan Vyper FT berkongsi tempat ketiga.

Kejohanan anjuran bersama Komuniti 1Malaysia (K1M) Bukit Assek, K1M Tiong Hua, K1M Salim, K1M Teku dan Kelab Sukan dan Reakrasi Seventh Son.

Sementara itu, kejohanan selama dua hari itu disertai 32 pasukan dari Sibu, Mukah, Daro, Kanowit, Selangau dan Song.

Hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King.

Hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Sibu Rosman Zaini, Pengerusi Penganjur Mohd Syahmirza Abdullah dan pengerusi-pengerusi K1M.