Lelaki mengaku tidak bersalah guna dadah

0
CEDERA: Buruh dimasukkan ke HUS selepas terbabas ke dalam semak, awal pagi semalam.

CEDERA: Buruh dimasukkan ke HUS selepas terbabas ke dalam semak, awal pagi semalam.

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap tuduhan menggunakan dadah berbahaya jenis amphetamine, ketamine dan methamphetamine.

Danny Dison, 29, dari Quadruplex Bandar Baharu Permyjaya didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh dituduh menggunakan dadah berbahaya jenis amphetamine, ketamine dan methamphetamine yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234) dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 5.50 petang, pada 21 Januari 2014 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Setelah mendengar pengakuan tidak salah tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 27 Jun depan untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.