Medan kenal pasti bakat bina badan

0

Ayuh sertai Pertandingan Mr Physique UiTM 2016 di Summer Mall Kota Samarahan pada Sabtu ini

// Oleh Harry Ilias //

SELAMAT KEMBALI: Andy (empat kanan) dan Presiden SBBA Datuk Wee Hong Seng (lima kiri) bersama atlet bina badan Zon Kuching sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam.

SELAMAT KEMBALI: Andy (empat kanan) dan Presiden SBBA Datuk Wee Hong Seng (lima kiri) bersama atlet bina badan Zon Kuching sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam.

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan akan menganjurkan Pertandingan Mr Physique UiTM 2016 (badan cantik) yang akan diadakan di Summer Mall Kota Samarahan pada Sabtu ini (28 Mei) bermula jam 10 pagi.

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 17 ke atas dengan yuran pendaftaran bagi setiap peserta sebanyak RM25.

Ia mempertandingkan dua kategori iaitu bawah ketinggian 169cm dan melebihi 170cm di mana juara akan membawa pulang wang tunai RM200, sijil dan pingat.

Naib juara akan menerima RM150 manakala tempat ketiga RM100.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) Andy Ismail, kedua-dua per tandingan i tu akan dikendalikan oleh pengadil bertauliah daripada Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF).

“Kita sentiasa berusaha melahirkan lebih ramai juara untuk meneruskan kecemerlangan Sarawak dalam arena sukan bina badan di Malaysia selepas kita sekali lagi dinobatkan Kontinjen Terbaik dan Juara Antara Juara pada Kejohanan Mr Malaysia Ke- 47 yang diadakan di Sibu pada minggu lepas.

“Kita mahu mengenal pasti bakat baharu melalui penganjuran lebih banyak pertandingan tempatan seperti ini dan memastikannya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh MBBF,” katanya sebaik tiba di Kuching, semalam.

Andy turut memuji insiatif beberapa badan korporat dan awam yang menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap sukan bina badan Sarawak dengan menghulurkan tajaan dan menganjurkan pertandingan.

“Summer Mall telah menganjurkan pertandingan pertama dua tahun lepas dan sekarang, bina badan telah menjadi acara tahunan dalam kalendar mereka.

“Saya juga gembira melihat UiTM turut serta dalam sukan ini, satu pendekatan yang saya lihat sangat penting dan baik dalam mewujud dan mempromosi kesedaran mengenai gaya hidup sihat di kalangan penuntut,” katanya Sementara itu, Pasar Raya Giant Cawangan Samariang akan menganjurkan Mr Giant Physique 2016 pada Ahad ini (29 Mei) yang menawarkan hadiah berjumlah RM800 bagi kategori bawah dan melebihi 170cm.

Tempat kedua akan membawa pulang RM500, ketiga RM300 dan keempat RM100.

Pendaftaran percuma dan diadakan di Pasar Raya Giant Cawangan Samariang di tempat letak kereta berbumbung.

Pertandingan akan bermula jam 2 petang.

Selain pertandingan bina badan, Pasar Raya Giant juga akan menganjurkan cabaran gusti lengan yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu Lelaki Senior Bawah dan Melebihi 65kg, Terbuka Wanita dan Terbuka Remaja (Bawah 21 Tahun).

Semua warganegara Malaysia dipelawa mengambil bahagian.

Juara akan membawa pulang RM250, naib juara RM200 dan tempat ketiga RM100.

Tempat keempat dan kelima akan menerima sagu hati RM80.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan di Giant, hubungi Andy di talian 012-8862220 manakala sebarang pertanyaan berhubung pertandingan UiTM boleh menghubungi Mack (011-14151103) atau Nessa (013-8218264).