Pekedai runcit didenda RM8,000

0

KUANTAN: Seorang peng-usaha kedai runcit didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana gagal melengkap-kan maklumat dan mengemukakan dokumen bersabit kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh A. Selvakumar, 32 mengaku salah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Sekiranya gagal membayar denda, Selvakumar boleh dikenakan hukuman penjara lima bulan, namun tertuduh tertuduh yang tidak diwakili peguam menjelaskan denda ke atasnya.

Dia didakwa gagal melengkapkan maklumat dan memberikan maklum balas ke atas notis di bawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang dikeluarkan kepadanya, dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula 28 Okt tahun lepas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan itu pada 6 Nov 2015 lebih kurang jam 4.10 petang di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Raub, Tingkat 3, Bangunan Gunasama Persekutuan, Jalan Tengku Abdul Samad.

Berikutan itu dia dituduh di bawah Seksyen 21 (5) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, selepas menerima aduan sepasukan penguatkuasa KPDNKK negeri telah melakukan pemeriksaan di premis perniagaannya di Tanah Rata Cameron Highlands pada jam 4.10 petang 28 Okt tahun lepas.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kenaikan harga jualan pada dua jenis barangan yang dijual di premisnya, sabun Biozip 2.5kg daripada RM9.90 kepada RM10.60 dan Downy Sunrise Fresh 900ml daripada RM10.30 kepada RM11.24.

Berikutan itu notis ber-kenaan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memerlukan tertuduh men- jawabnya pada atau sebelum 5 Nov, namun dia gagal berbuat demikian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari KPDNKK Suhail Abdul Halim. — Bernama