Tumpahan cecair merkuri: 56 pelajar SMK Guar Perahu dikuarantin

0

BUKIT MERTAJAM: Seramai 56 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, di sini terpaksa dikuarantin selepas berlaku tumpahan cecair merkuri di dua bilik darjah di bangunan sekolah itu semalam.

Enam daripada pelajar itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut selepas Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas semua pelajar yang dikuarantin sehingga jam 2.30 petang itu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang M.Vijayan berkata tumpahan itu dikatakan berlaku petang kelmarin dan hanya disedari pagi ini.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.12 pagi ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. — Bernama