Masyarakat Dayak perlu berhemah, jimat cermat sambut Hari Gawai

0
TERIMA KASIH: Harden                  (tengah) bersama ketua-ketua masyarakat memotong kek kesyukuran dan meraikan kemenangan BN di Sri Aman, malam kelmarin.

TERIMA KASIH: Harden (tengah) bersama ketua-ketua masyarakat memotong kek kesyukuran dan meraikan kemenangan BN di Sri Aman, malam kelmarin.

SRI AMAN: Masyarakat Dayak di negeri ini diingatkan agar berhemah dan berjimat cermat pada sambutan Hari Gawai Dayak yang diraikan hari ini.

Menteri Muda Pembangunan Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan Datuk Francis Harden Hollis berkata, dalam meraikan perayaan ini masyarakat Dayak harus bijak merancang perbelanjaan.

“Buang sikap boros kita dan elak berlaku pembaziran kerana ia boleh memudaratkan kita sendiri dan keluarga,” katanya pada Majlis Kesyukuran dan Pra-Gawai 2016 anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang di sini, malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu mengingatkan agar budaya mengetas ranyai, ngajat, betaboh, gendang dan pelbagai budaya adat resam harus ditunjukkan kepada anak-anak muda.

Beliau turut menggesa JKKK rumah panjang menganjurkan pelbagai pertandingan semasa musim perayaan ini seperti pertandingan ngajat dan sebagainya.

“Ini penting, kerana gene-rasi muda bakal mewarisi setiap budaya dan adat resam suatu hari nanti,” katanya.

Hadir sama Temenggung Samuel Lawen, Pemanca Michael John Sanggop, Pemanca Lee Siang Hua serta ketua-ketua masyarakat.